MENGENAI KAMI image
Unit Perpustakaan, Kolej Matrikulasi Melaka mula beroperasi serentak dengan pembukaan Kolej ini iaitu pada tahun 1999. Unit Perpustakaan menduduki bangunan sendiri berkongsi dengan Unit Sains Komputer dan Makmal Bahasa, Kolej Matrikulasi Melaka. Kapasiti pengguna pula adalah 300-400 orang pada satu-satu masa. Mulai sesi 2016/2017, Perpustakaan KMM dikenali sebagai Perpustakaan Zaaba. Bagi memastikan pelaksanaan dan pematuhan SOP COVID-19, Unit Perpustakaan juga turut mengambil langkah proaktif dengan menjalankan imbas suhu dan imbas kehadiran apabila pelajar memasuki perpustakaan disamping had kemasukan dikurangkan kepada 150-200 orang pada satu-satu masa.

VISI
Menjadi pemangkin kepada kejayaan KMM sebagai pusat kecemerlangan akademik dan sahsiah pelajar program prauniversiti yang terbilang.

MISI
Mewujudkan suasana pembelajaran yang memenuhi kehendak pengguna dan menyediakan sumber maklumat serta perkhidmatan yang cepat dan efektif.

OBJEKTIF KUALITI
Memastikan 80% koleksi bahan perpustakaan adalah koleksi akademik untuk pelajar peringkat Matrikulasi.

PERKHIDMATAN
Perkhidmatan Pengguna Perpustakaan Kolej Matrikulasi Melaka meliputi perkhidmatan pinjaman, rujukan dan penasihat pembaca, pendidikan pengguna dan perkhidmatan multimedia.

KEAHLIAN
Keahlian Perpustakaan adalah dibuka kepada semua pelajar, pensyarah dan staf Kolej Matrikulasi Melaka.
Kelayakan meminjam bahan bagi pelajar adalah sebanyak 4 naskhah buku selama 2 minggu manakala pensyarah/staf pula boleh meminjam sebanyak 6 naskhah buku dan 2 bahan terbitan bersiri selama 4 minggu. Denda lewat memulangkan buku adalah RM0.20 sen sehari.

I BUILT MY SITE FOR FREE USING